TH nafi kewujudan tawaran dana bagi segerakan giliran haji

November 5, 2021 · Isu semasa

Tiada sebarang tawaran dalam bentuk dana dari Tabung Haji (TH) kepada orang ramai yang bertujuan untuk menyegerakan giliran haji.

TH dalam satu kenyataan menafikan kewujudan tawaran tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak terjebak dengan penipuan pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan dengan menggunakan nama agensi tersebut.

TH berkata pihaknya menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

Menurut TH, sebarang pemilihan giliran haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.

Pada masa sama, TH turut menegaskan tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.

Justeru, pihak TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji.

Orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut.

Berita berkaitan
Pelabur asing jual saham RM613 juta dalam pasaran tempatan minggu lepas
October 23, 2023· Isu semasa
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Wang AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram, dedah saksi
October 18, 2023· Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok