TH lantik 22 syarikat sebagai pengelola jemaah haji 2021

March 26, 2021 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) memberi lesen haji kepada 22 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya, Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS), untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun ini.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata pelantikan 22 PJH ini adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh TH.

“Setakat hari ini, Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun 1442H/2021M daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Oleh itu, semua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH,” katanya pada majlis penyerahan lesen PJH di Menara TH, Kuala Lumpur.

Beliau mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

TH berharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.

Berikut adalah senarai PJH yang menerima lesen daripada TH:

1. TH Travel & Services Sdn. Bhd.
2. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
3. Alif Travel & Tours Sdn. Bhd.
4. Al-Balad Travel & Tours Sdn. Bhd.
5. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.
7. C.S Holidays Sdn. Bhd.
8. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.
9. Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd.
10. Gemilang Travel And Tours Sdn. Bhd.
11. Jad Travel & Tours (M) Sdn. Bhd.
12. Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.
13. Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd.
14. Mimm Travel & Tours Sdn. Bhd.
15. Mkm Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
16. Rayhar Travels Sdn. Bhd.
17. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd.
18. TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
19. Tri-D Travel & Tours Sdn. Bhd.
20. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
21. Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd.
22. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

 

Berita berkaitan
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Pembelian bangunan di London dijangka beri pulangan baik: TH
July 23, 2022· Isu semasa
Kumpulan pertama jemaah haji bertolak 31 Mei ke Makkah
May 5, 2022· Isu semasa
Kos haji naik: TH umum dua kadar bayaran jemaah muassasah
April 22, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit rendah berbanding dolar AS
53 minit lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
58 minit lalu · Isu semasa
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
1 jam lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
1 jam lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok