Tewas 4-0, Malaysia perlu menang baki dua perlawanan

June 4, 2021 · Isu semasa

Malaysia perlu menang dua baki perlawanan dalam saingan peringkat Kumpulan G jika mahu mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 susulan kekalahan 4-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu mencatat kemenangan dalam dua perlawanan terakhir menentang Vietnam dan Thailand sekiranya mahu meneruskan aksi ke pusingan seterusnya selepas jatuh ke tangga keempat ekoran kekalahan di Dubai itu.

Hanya dengan kemenangan sahaja mampu membuka peluang buat Harimau Malaya dalam misi sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia 2023.

Dalam aksi di Stadium Zabeel itu, Harimau Malaya perlu mengakui banyak kesilapan mudah yang dilakukan menyebabkan mereka bolos empat gol bermula jaringan pertama UAE menerusi Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-18.

Aksi Harimau Malaya sepanjang 45 minit separuh masa pertama dilihat cukup mengecewakan terutama di bahagian tengah yang diketuai Liridon Krasniqi dan situasi tersebut berterusan pada awal babak kedua.

Kegagalan barisan pertahanan terus menjadi punca apabila membenarkan pemain naturalisasi UAE, Fabio Virginio De Lima menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-82.

Dua lagi gol UAE selepas itu juga hasil kesilapan benteng pertahanan yang menyaksikan Mabkhout dan De Lima meledak jaringan ketiga serta keempat dalam tempoh dua minit masa kecederaan perlawanan.

Hasrat Harimau Malaya untuk meraih gol sagu hati tidak kesampaian apabila tandukan pemain kacukan negara yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools berjaya diselamatkan penjaga gol UAE, Ali Khaseif pada hujung perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya jatuh ke tangga keempat, dipintas UAE dan Thailand yang seri 2-2 dengan Indonesia dalam satu lagi aksi Kumpulan G yang berlangsung sebentar tadi.

Berita berkaitan
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
8 jam lalu· Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia
September 18, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
9 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada krisis ekonomi dihadapi negara, kata Gabenor Bank Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok