Terowong Smart catat rekod lencong lima juta padu air selama 22 jam

December 21, 2021 · Isu semasa

Terowong Lebuhraya Smart mencatatkan rekod tersendiri apabila diaktifkan selama kira-kira 22 jam bagi melencongkan air Sungai Klang yang naik susulan hujan lebat yang berterusan pada Sabtu.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata dalam tempoh berkenaan, Terowong Smart yang dibina dengan kos melebihi RM1 bilion itu melencongkan lima juta meter padu air sejak diaktifkan pada 1.32 tengah hari 18 Disember sehingga 12 tengah hari 19 Disember.

Beliau berkata ia merupakan rekod baharu untuk kawalan lencongan Terowong Smart kerana sejak 2007, sebanyak lapan kali lencongan dibuat dan di setiap operasi hanya rekodkan kira-kira tiga jam operasi.

“Namun untuk lencongan kali kesembilan ini, sejak Sabtu sehingga tengah hari Ahad, operasi ini diadakan selama kira-kira 22 jam kerana intensiti hujan yang sangat tinggi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” katanya lapor Bernama.

Zaini berkata berdasarkan perkiraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), jika lima juta meter padu air tidak dialirkan keluar, kawasan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur seperti di kawasan Masjid Jamek akan mengalami banjir besar.

“Selain Terowong Smart, aset-aset JPS di sekitar Kuala Lumpur seperti rumah pam juga dioperasikan secara maksimum sejak Sabtu. Oleh itu, walaupun hujan lebat dan Empangan Batu melepaskan air dengan bukaan 300 milimeter atau 20 peratus pada pukul 11.15 pagi Sabtu, hanya berlaku banjir-banjir kecil sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatan aset, Zaini berkata aset-aset JPS di sekitar ibu negara juga dioperasikan secara maksimum.

Sementara itu, Smart (Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd) dalam satu kenyataannya memberitahu lima juta meter padu air sudah berjaya dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Taman Desa.

“Proses pengepaman keluar air ke hilir sungai masih belum dapat dijalankan kerana keadaan paras air sungai yang masih tinggi di bahagian hilir sistem Smart.

“Pihak Smart memohon pengguna agar bersabar serta memberi kerjasama dan perhatian mengenai pengumuman status operasi Terowong Lebuhraya Smart yang akan disiarkan melalui penghebahan media dan papan maklumat elektronik (VMS),” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Madinah larang arwah suami lobi Najib dapatkan jawatan Ketua Audit
March 30, 2022
Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank
April 29, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok