Ternak babi terbuka punca sumber air, pantai di Kuala Langat tercemar

September 28, 2022 · Isu semasa

Masalah pencemaran sumber air dan pantai di daerah Kuala Langat, Selangor, adalah disebabkan penternakan babi dan kawalan pencemaran secara konvensional, bukan tertutup seperti disyaratkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor Hee Loy Sian, berkata lawatan bersepadu ke beberapa lokasi mendapati pengusaha ternakan itu tidak menggunakan kaedah penternakan kandang tertutup seperti yang ditetapkan mengikut kaedah penternakan babi moden.

“Kita mendapati, pengurusan kumbahan najis ternakan hanya melalui pengumpulan di kolam-kolam takungan di dalam premis ternakan.

“Efluen daripada kolam ini seterusnya disalirkan ke perparitan di luar premis dan akhirnya ke perairan pantai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menjelaskan lawatan itu dilakukan pada 23 September lalu.

Lawatan itu dilakukan di premis ladang ternakan babi di Tanjung Sepat bersama agensi berkaitan antaranya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDTKL) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Kuala Langat terkenal dengan beberapa pantai peranginan, termasuk Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Pantai Tanjung Rhu.

Susulan itu Hee berkata, beberapa tindakan dan usaha lanjut akan dilakukan segera antara JPV akan mengarahkan semua pengusaha terbabit melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan ke atas ladang ternakan dan sistem kumbahan dengan segera.

“Aktiviti penternakan babi di Selangor adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 dan Kaedah-Kaedah Pelesenan Penternakan Babi (Negeri Selangor) 2012, serta Garis Panduan Pengurusan Sisa Buangan Ternakan Babi (Edisi 1, 2019) yang dikuatkuasakan JPV Selangor.

“Najis ternakan perlu dilupuskan di luar kawasan ladang ternakan dan dihantar ke tapak pelupusan yang dibenarkan.

“LUAS akan mengarahkan pemilik tanah berkaitan untuk melaksanakan segera tindakan pemulihan saliran parit di dalam tapak sehingga air yang dilepaskan keluar daripada lot tanah tidak mencemarkan.

“Pensampelan kualiti air juga akan dilaksanakan dan tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat elemen pencemaran berlaku,” katanya.

Beliau berkata, agensi berkaitan terutama JKV Selangor mengambil langkah proaktif dengan mengawal selia aktiviti penternakan babi di seluruh Selangor dari masa ke semasa.

“Berdasarkan rekod JPV, sejumlah 118 premis ternakan babi aktif beroperasi di daerah Kuala Langat dan sebahagian kecil di daerah Sepang.

“Ternakan ini dijalankan di atas tanah lot berstatus pertanian. Kesemua premis ini beroperasi dengan lesen yang didaftarkan oleh JPV,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok