[TERKINI] 17,205 pesakit Covid-19 sembuh semalam, kes aktif turun

September 19, 2021 · Isu semasa

Seramai 324 pesakit berkaitan Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam pada Sabtu, turun sedikit daripada 388 kes kematian yang direkodkan pada Jumaat, menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini hari ini.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif keseluruhan sejak rakyat Malaysia pertama meninggal dunia akibat Covid-19 pada 17 Mac tahun lalu, kepada 23,067 kes, lapor KKM dalam laman web dikendalinya COVIDNOW.

Daripada jumlah kematian terbaharu itu juga, 70 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhan kes BID sebanyak 4,397.

Sementara itu lima negeri merekodkan peningkatan kes berbanding kelmarin dengan Perak mencatatkan 15 kematian pada Sabtu berbanding tujuh pada Jumaat; Kelantan (12 Sabtu, 10 Jumaat); Sarawak (11 Sabtu, 2 Jumaat); Melaka (7 Sabtu, 0 Jumaat); dan Negeri Sembilan (5 Sabtu, 1 Jumaat).

Kes kematian di Selangor semalam walaupun turun kepada 146 daripada 167 yang dicatatkan pada Jumaat, namun negeri itu kekal mencatat jumlah kematian tertinggi.

Pesakit sembuh

Sementara itu, susulan 17,205 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh semalam, jumlah kes aktif juga turun kepada 219,359 kes berbanding tempoh sama kelmarin sebanyak 221,339 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 182,857 atau 83.4 peratus pesakit kini menjalani kuarantin di rumah, 23,998 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), dan 11,339 pesakit dirawat di hospital seluruh negara.

Seramai 475 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 690 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah pesakit aktif yang dirawat di hospital, 2,123 kes dilaporkan di Johor; Kedah (746); Kelantan (919); Melaka (317); Negeri Sembilan (298); Pahang (487); Pulau Pinang (725); Perak (810); Perlis (162); Sabah (1,288); Sarawak (992); Selangor (1,613); Terengganu (354); Kuala Lumpur (433); Labuan (tujuh); dan Putrajaya (65).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Mengenai jumlah pemberian vaksin menerusi PICK yang dilancarkan pada Februari lalu, KKM memaklumkan sehingga semalam 56.0 peratus atau 18,295,014 daripada individu dewasa telah lengkap divaksin.

Sebanyak 67.2 peratus atau 21,938,426 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, menjadikan keseluruhannya 40,155,975 dos vaksin telah diberikan sehingga semalam.

Semalam sahaja sebanyak 232,559 dos vaksin diberikan membabitkan 73,106 penerima dos pertama, dan 159,453 penerima melengkapkan dos vaksin masing-masing, termasuk vaksin dos tunggal.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
PRN Sarawak, SPR mengadakan mesyuarat khas pada 24 November
November 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
10 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok