Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk

June 3, 2023 · Isu semasa

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, menyifatkan ugutan atau ancaman yang diterimanya daripada sindiket along adalah merupakan perkara lumrah dan sentiasa dihadapi oleh polis dalam melaksanakan tugas membanteras jenayah.

Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya, menurut laporan Bernama.

“Sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, saya dan Polis Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan haram yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan. malam ini.

Katanya, pihaknya juga akan terus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengugut atau mengancam dirinya mahupun Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Khaw berkata demikian bagi mengulas berhubung laporan polis yang tular mengenai beliau menerima surat ugutan daripada sekumpulan along yang mengugutnya agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang itu menerima surat itu yang dihantar ke pejabatnya, Khamis lalu.

Menerusi surat itu, suspek memberi amaran agar Khaw dan pihak polis memberi kerjasama kepada mereka jika tidak akan menyimbah cat, asid, malah turut mengugut akan menembak.

Suspek turut mengugut mahu membakar kedai atau balai polis dan menerusi surat tersebut turut disertakan enam keping wang kertas yang digunakan untuk sembahyang orang Cina mati bersama sekeping kertas nota.

Ekoran surat ugutan itu, pihak polis membuka kertas siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Khaw memulakan tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada 12 Mei lalu dengan menggantikan Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
20 jam lalu· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
12 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
28 minit lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok