Terima suapan, penyelia FELDA dipenjara dan denda RM25,000

June 1, 2022 · Isu semasa

Seorang Penyelia Rancangan Tanah FELDA dipenjara 14 hari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini kerana menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan tender projek bagi membekal dan menanam bunga hiasan bernilai RM4,990, empat tahun lepas.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syafeq Mokhtar, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda, lapor Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Mei lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Syafeq yang merupakan Setiausaha Jawatankuasa Tender Rancangan di Pejabat FELDA Palong 5 didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih syarikat miliknya, Syarikat SNF Baraqah Enterprise bagi menyediakan tenaga buruh, peralatan dan pengangkutan.

Ia bertujuan menjalankan kerja-kerja membekal dan menanam bunga hiasan di jalan kawasan Kampung FELDA Palong 5 dan kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat FELDA Palong 5 pada November 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala Mohd Syafeq tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok