Terengganu siapkan 186 PPS tampung 73,490 mangsa banjir

October 11, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Terengganu telah menyediakan 186 sekolah yang akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri bagi menempatkan puluhan ribu mangsa banjir menjelang musim Monsun Timur Laut beberapa hari lagi.

Ahli Exco Negeri Datuk Satiful Bahari Mamat berkata persiapan awal dengan menghantar barangan ke sekolah terbabit dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bermula semalam.

Menurutnya, pihaknya juga percaya Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) juga sudah melakukan persiapan lebih awal lagi dalam pemilihan sekolah yang dijadikan PPS.

“Setakat ini, JPNT menyediakan 186 sekolah di seluruh Terengganu untuk dijadikan PPS dan boleh menampung kemasukan mangsa banjir tanpa sebarang masalah.

“Kita mahu memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS nanti berada dalam keadaan baik dan bekalan makanan mencukupi,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, menurut BH.

Mengulas lanjut, Satiful berkata sekolah yang dijadikan PPS nanti mampu menampung seramai 73,490 mangsa banjir seluruh negeri ini.

Difahamkan, sebelum ini sebanyak 580 PPS yang mampu menampung sehingga 147,600 mangsa banjir telah dikenal pasti di seluruh Terengganu.

Empat daerah di seluruh negeri itu telah dikenal pasti berisiko tinggi untuk dilanda banjir pada Monsun Timur Laut kali ini iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.

Sebanyak 30 lokasi paling berisiko juga te­lah dikenal pasti antaranya, Air Puteh, Seberang Tayor dan Bukit Mentok (Kemaman), Pasir Raja dan Kuala Jengal (Dungun) serta Kampung Lubok Periuk (Hulu Terengganu).

Semua lokasi itu terletak di kawasan rendah di pinggir su­ngai atau laut yang tidak berupaya menampung kapasiti hujan lebat dan aliran sungai pada musim tengkujuh.

Selain kapasiti hujan terlalu hebat, feno­mena air pasang besar, ombak tinggi dan tempias ribut dan taufan di Laut China Selatan juga punca banjir di Terengganu sepanjang Monsun Timur Laut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu· Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok