Terdapat jemaah umrah dijangkiti Omicron tak suntik sebarang vaksin: Khairy

January 6, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan pergi mengerjakan ibadah itu.

Sebanyak 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelasnya, perkara itu akan disiasat bagaimana kebenaran boleh dilepaskan kepada mereka untuk mengerjakan umrah dalam keadaan mereka tidak divaksinasi.

“Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan, jemaah umrah, kita dapati 122 dijangkiti varian Omicron, 14 peratus daripadanya tiada vaksin, di sini ada ketidakpatuhan, hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenar menjalani ibadah umrah.

“Perkara ini akan kita bincang dengan pihak berkepentingan termasuk agensi pelancongan berhubung kepatuhan dan syarat yang telah ditetapkan,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Selain itu Khairy turut berkata, semakan akan dibuat sama ada 14 peratus yang tidak divaksin itu mempunyai masalah kesihatan ataupun mempunyai alasan lain.

Beliau juga mendedahkan KKM meramalkan kes Covid-19 dijangka melonjak sehingga 15,000 jika tiada tindakan seperti sekatan sementara mengerjakan ibadah umrah dengan segera.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengumumkan kerajaan akan menangguhkan kebenaran mengerjakan ibadah umrah selama sebulan berkuatkuasa pada 8 Januari ini.

Berita berkaitan
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
August 13, 2022· Isu semasa
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
10 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
16 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
25 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok