Terdapat jalan di KL masih ditutup, 21 kes tanah runtuh dilapor

December 20, 2021 · Isu semasa

Beberapa jalan terjejas di ibu negara sejak semalam akibat banjir masih ditutup, selain 21 insiden tanah runtuh dilaporkan hari ini, menurut laporan Bernama.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang masih ditutup ialah Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), jalan di Kampung Seri Delima, Jinjang Selatan dan Lorong Jambu Laut, Kampung Batu Delima.

Menurut kenyataan itu, kebanyakan jalan lain yang terjejas semalam telah dibuka kepada umum antaranya Jalan Melaka, Jalan Raja Chulan dan semua jalan berdekatan Leisure Mall Cheras.

DBKL dalam pada itu, mengenal pasti 21 lokasi tanah runtuh antaranya Jalan Kelantan di Bukit Persekutuan, Jalan Bukit Ledang di Damansara, Jalan Pantai Permai di Pantai Hillpark, Lorong Burhanuddin Helmi 4 di Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Segambut di Segambut Tengah.

“Pihak IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) telah dilantik oleh DBKL untuk membuat kajian bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

DBKL juga mengenal pasti 37 lokasi pokok tumbang dan dahan serkah menerusi siasatan di tapak dan aduan awam antaranya di Jalan Bukit Damansara 195, Jalan Pantai Permai dan Muzium Di Raja Bukit Petaling (Pintu 2).

DBKL berkata seramai 1,275 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat ditugaskan menjalankan operasi membantu dan menyelamat serta menjalankan kerja pembersihan.

Menurut DBKL, kerja pembersihan dilakukan dengan bantuan Alam Flora di lokasi banjir yang telah surut banjir bagi memastikan bandar raya Kuala Lumpur berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk dikunjungi.

“Warga kota dinasihatkan supaya kekal di rumah jika tiada urusan penting di luar,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan seramai 530 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 143 mangsa dari Kampung Periuk, 413 dari Kampung Pasi , dan lapan dari Kampung Batu Bata.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok