Tentera siber pembangkang cetus polemik isu arak Timah: Pemuda PAS

October 17, 2021 · Isu semasa

Kontroversi berhubung pertikaian arak jenama tempatan, Timah yang tular dalam media sosial sengaja dimainkan tentera siber pembangkang yang bertujuan untuk menyalahkan kerajaan sedia ada, kata Pemuda PAS.

Ketua Penerangannya, Nazir Helmi bagaimanapun mendesak supaya tindakan diambil terhadap pengeluar arak tersebut, ia termasuk menutup operasi kilang kerana kewujudan kilang arak terbabit yang giat mengeksport produk mereka, tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah membawa mudarat besar.

Tegasnya, Pemuda PAS melahirkan rasa kesal dengan kewujudan arak jenama tempatan itu yang baru memenangi anugerah antarabangsa, baru-baru ini.

“Berdasarkan carian, arak jenama Timah ini bukanlah baru sahaja wujud seperti digembar-gemburkan ‘cybertrooper’ pembangkang, tetapi arak ini sudah wujud sejak bertahun lamanya.

“Pemuda PAS melahirkan persoalan bagaimana pengusaha arak ini beroperasi sejak sekian lama, tetapi digembar-gemburkan seolah ia baru wujud setahun dua ini. Walaupun begitu, Pemuda PAS tetap konsisten menentang kewujudan perusahaan arak ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Nazir berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tindakan menutup perusahaan kilang arak berkenaan daripada terus beroperasi.

Katanya, masih banyak sumber pendapatan yang boleh diperoleh oleh negara selain perusahaan arak.

“Arak ini bukan sahaja merosakkan umat Islam, malah kesannya turut dirasai semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Berapa ramai rakyat Malaysia yang mati akibat kesan arak, sama ada disebabkan kemalangan jalan raya mahupun ketagihan arak? Berapa banyak institusi kekeluargaan yang runtuh akibat arak? Kesannya merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pembangkang supaya tidak menjadikan isu terbabit sebagai modal sentimen politik murahan kerana kilang berkenaan beroperasi ketika mereka menjadi kerajaan.

“Mereka sendiri berdiam diri walaupun mengetahuinya. Sebaiknya seluruh umat Islam, tanpa mengira agama dan latar belakang politik bersatu padu menggesa supaya perusahaan arak ini dihentikan segera,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok