Tengku Zafrul abadikan perjuangan barisan hadapan ekonomi lawan Covid

September 10, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan ekonomi dalam buku sulungnya, “Weathering the Economic Storm: A Journey Through The Unchartered Waters of Covid-19”.

Beliau mendedikasikan buku itu, yang dikeluarkan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kepada semua anak lelaki dan perempuan terbaik Malaysia yang berkorban segala-galanya untuk negara ketika memerangi Covid-19.

Tengku Zafrul berkata buku itu adalah kompilasi nota yang dibuatnya ketika wabak melanda, serta idea di sebalik dasar ekonomi responsif kementeriannya.

“Kami telah merekodkan pertumbuhan Keluaran dalam negara kasar tiga suku (tahun) berturut-turut dan saya yakin jika kita terus bekerja keras bersama, masa depan yang lebih cerah menanti kita semua.

“Dari sudut ekonomi yang lebih meluas, kami di Kementerian Kewangan perlu berfikir di luar kotak dan bertindak balas terhadap keperluan rakyat dan pada masa sama, bertanggungjawab dari segi fiskal.

“Kebanyakan dasar ini digubal dalam tempoh dan maklumat yang terhad serta tidak ada buku panduan untuk dirujuk.

“Namun, kami berkata pada diri sendiri, rakyat perlukan kita, jadi kita tidak boleh gagal,” katanya pada majlis pelancaran buku itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, malam tadi.

Tengku Zafrul berkata banyak yang telah dikisahkan mengenai pejuang-pejuang barisan hadapan kesihatan awam kita dalam melawan wabak Covid-19, tetapi tidak ramai yang mengiktiraf pejuang barisan hadapan ekonomi.

“Setakat ini, tidak ramai yang mengiktiraf usaha dan penat lelah pejuang-pejuang barisan hadapan ekonomi, bukan sahaja di MOF, tetapi juga di pelbagai kementerian dan agensi-agensi lain seperti Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Mereka inilah yang bertanggungjawab memastikan ‘bahtera ekonomi’ negara terus bertahan walau kuat dipukul ombak dan badai pandemik Covid-19.

“Insya-Allah, semangat kerjasama ini akan diteruskan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi seterusnya. Terima kasih, pejuang barisan hadapan ekonomi tanah air!,” katanya.

Turut berangkap pada majlis itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Berita berkaitan
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
13 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok