Tender meriam: Timbalan Menteri Pertahanan lapor Rafizi kepada polis

October 7, 2022 · Isu semasa

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung dakwaan fitnah berkaitan tender pembelian aset meriam yang disiarkan dalam Facebooknya.

Laporan itu dibuat Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohammad Iskandar Idris di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ikmal Hisham berkata, laporan itu dibuat susulan tindakan Rafizi yang memuat naik satu artikel dalam Facebooknya semalam bertajuk ‘Batal Niat Surat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri’ yang mengaitkan nama Ahli Parlimen Tanah Merah itu dengan sebuah syarikat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah daripada Perikatan Nasional (PN) berkata artikel itu adalah satu fitnah dan pembohongan yang bertujuan politik bagi mencemarkan nama baiknya.

“Sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, saya sama sekali tidak mempunyai kuasa dalam menentukan atau mempengaruhi pemilihan syarikat di dalam mana-mana perolehan kementerian.

“Ini memandangkan Kementerian Pertahanan telah menetapkan setiap perolehan aset dan kelengkapannya yang baharu mempunyai proses kerja yang perlu dipatuhi dan perlu diperakukan oleh pengguna sendiri iaitu Tentera DaratMalaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum sebarang perolehan dilaksanakan.

“Ini seterusnya dikemukakan kepada agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk kelulusan perolehan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmal Hisham berkata apa yang dikatakan Rafizi dalam artikel itu juga adalah tohmahan yang bertujuan merosakkan nama baik beliau dan menyemarakkan kebencian orang awam terhadapnya.

Katanya beliau menyerahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat serta mendakwa Rafizi melalui peruntukan undang-undag sedia ada.

“Pada masa sama sekali lagi saya tegaskan, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah satu fitnah dan tohmahan yang bermotif politik apatah lagi dalam keadaan negara dijangka mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lama lagi.

“Saya juga bersedia bekerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Parti politik mengelirukan pengundi, hilang sudah moral dan nilai perjuangan
November 25, 2022· Politik
Terus menerus tabur fitnah, Tuan Ibrahim saman Rafizi
November 18, 2022· Politik
Fitnah projek RM2 bilion, Tuan Ibrahim hantar surat peguam kepada Rafizi
November 10, 2022· Politik
Lebih 5 parti mahu sertai PN, kata Hamzah
November 8, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok