Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat Agong

June 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bahawa semua mekanisme yang wujud di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara akan diikuti di dalam membuat apa-apa keputusan mengenai darurat.

Sehubungan itu Jemaah Menteri akan terus memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan mengenai tempoh darurat sekarang ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada pada 1 Ogos ini diteruskan atau tidak atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya timbul.

Katanya, nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong telah mengambil kira semua keadaan semasa serta faktor-faktor berkaitan termasuk keselamatan orang ramai, aspek sosial dan ekonomi negara.

“Sebagaimana dimaklumi bahawa Proklamasi Darurat yang telah diisytiharkan pada 11 Januari 2021 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak di atas nasihat Jemaah Menteri selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah atas asas tanggungjawab utama dan khusus Kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat di dalam negara ini dapat terus dipelihara.

“Selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar Kerajaan untuk terus memfokuskan kepada tindakan-tindakan yang khusus dan tepat bagi mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 di kalangan rakyat di waktu-waktu yang getir ini dengan lebih efektif,

“…maka adalah menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh Darurat,” katanya mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Semalam, Dr Noor Hisham berkata tiada apa yang dapat menghentikan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ditangguhkan daripada diadakan, sekiranya perintah darurat ditamatkan.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara dan pertimbangan sama ada darurat yang dijadual berakhir Ogos depan, perlu disambung.

“Terpulang kepada Agong untuk membuat keputusan. Apabila Ordinan Darurat dibatalkan, kita mesti melaksanakan tiga PRK dan PRN Sarawak kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pilihan raya di bawah Perlembagaan,” katanya dipetik daripada laporan Malay Mail semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
2 jam lalu· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
7 jam lalu· Politik
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
10 jam lalu· Politik
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
15 jam lalu· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
15 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok