Tempah vaksin tanpa persetujuan, SELangkah akan serah senarai nama

May 31, 2021 · Isu semasa

Pengendali aplikasi Covid-19 yang dibangunkan kerajaan Selangor, SELangkah akan menyerahkan senarai nama individu yang ditempah vaksin tanpa persetujuan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) untuk mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu.

SELangkah sebelum ini didakwa mendaftarkan tempahan vaksin AstraZeneca tanpa persetujuan menerusi kempen bantuan (outreach) ImuniSel yang dijalankan mereka, bagaimanapun wujud kekeliruan berhubung penggunaan vaksin jenis tersebut kerana ia memerlukan persetujuan terlebih dahulu individu yang menempah berbeza berbanding vaksin-vaksin lain yang berada dalam program arus perdana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak ImuniSEL telah bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF (Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca.

“Bagi individu yang terkesan akibat penggantian janji temu dan tidak bersetuju dengan janji temu baru yang diberikan, individu terbabit akan diberikan semula janji temu terdahulu,” kata kenyataan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Amirudin dan Khairy berkata pihak CITF turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa individu yang telah mendapat janji temu vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran yang telah dibuat oleh pihak lain termasuk ahli keluarga atau majikan mereka.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu yang terkesan terutama yang telah menerima janji temu baru menggantikan janji temu terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kenyataan bersama itu memaklumkan Amirudin dan Khairy telah mengadakan perbincangan hari ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) bagi mencari penyelesaian kepada isu yang timbul itu serta perancangan meningkatkan kadar harian vaksinasi di Selangor.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor memaklumkan bahawa pihaknya telah melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang telah mendaftar di bawah kempen tersebut dan CITF mengambil maklum serta menghargai usaha kerajaan Selangor serta pihak lain bagi membolehkan seramai mungkin individu di Malaysia termasuk di negeri itu mendaftar dan mendapat vaksinasi Covid-19.

Mengenai perancangan menambah kadar harian vaksinasi di Selangor, kenyataan bersama itu memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju membuka PPV berskala mega di beberapa lokasi di sekitar negeri itu secara berperingkat bermula minggu kedua bulan Jun.

“Perbincangan yang telah berjalan dalam suasana harmoni ini juga telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan CITF bagi membolehkan program imunisasi itu berjalan dengan lancar serta teratur, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu juga memaklumkan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Dr Jemilah Mahmood serta wakil SELangkah turut hadir dalam perbincangan hari ini.

 

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok