Tembak kepala anak, kemudian bunuh diri

March 26, 2021 · Isu semasa

Polis percaya seorang anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menembak anak sendiri di kepala, sebelum membunuh diri, dalam kejadian lewat petang semalam.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, Seremban, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu membunuh diri dengan menggunakan pistol pasukan, dan kita percaya dia telah menembak anaknya sendiri sebelum itu.

“Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua mayat,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan namun ia dipercayai berpunca daripada masalah keluarga, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Malaysia catat kerugian RM560 juta akibat jenayah siber tahun lepas
August 11, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Rakan wanita disyaki terlibat dalam kes bunuh suami ditahan
July 16, 2022· Isu semasa
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
8 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
9 jam lalu · Isu semasa
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
12 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok