Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini

June 1, 2023 · Isu semasa

Lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar minggu lepas akan didakwa pagi esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata bekas penuntut kolej itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini, menurut laporan Bernama.

Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca seorang pelayan restoran maut selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar oleh teman lelakinya.

Pada 24 Mei lepas, Agus Salim dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, berkata suspek yang berusia 20 tahun telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.

Beliau berkata suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat tersebut sekali lagi.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
22 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
18 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok