Teluk Intan banjir, 160 mangsa dipindahkan menjelang PRU-15

November 14, 2022 · Isu semasa

Satu lagi kawasan di Perak dilanda banjir malam tadi, ia mengakibatkan seramai 160 orang terpaksa dipindahkan.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak dibuka di Teluk Intan selepas air naik melepasi paras lutut di Kg Changkat Jong, menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9 di Changkat Jong. PPS dibuka sejak petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata banjir kilat berlaku di Kampung Pinang Seberang dan Taman Kamunting Permai, kedua-duanya di Kamunting, Taiping, malam ini.

“Pemantauan mendapati air telah naik setinggi 0.3 meter akibat hujan di sebelah petang. Namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS. Pemantauan berterusan masih dilaksanakan,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
6 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok