Telefon Rafizi dirampas semasa memberi keterangan polis

September 3, 2022 · Isu semasa

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah selesai memberi keterangan kepada polis hari ini berhubung dakwaannya mengeluarkan kenyataan fitnah mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rafizi dilihat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira jam 3 petang bersama tiga peguam Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha dan selesai memberi keterangan pada jam 4.44 petang, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP, Beh Eng Lai, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa polis telah merakam percakapan Rafizi dan membuka kertas siasatan susulan laporan polis oleh pegawai khas menteri berkenaan, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, Selasa lalu.

Katanya, polis turut merampas satu unit telefon bimbit milik Rafizi untuk siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam laporan polis itu, Rafizi didakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah, kononnya wanita bernama Zainab Mohd Salleh yang memperoleh projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah isteri kepada Abd Latif.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
1 jam lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
2 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
5 jam lalu· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
45 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
6 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok