Tatacara jualan dalam talian diperketat elak ketirisan barang

July 13, 2022 · Isu semasa

Tatacara jualan dalam talian, khususnya membabitkan barang kawalan dan bersubsidi, akan diperketat bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini, Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti beberapa langkah mengetatkan tatacara berkenaan.

Berkongsi usaha menggempur kegiatan dagangan barang kawalan dan bersubsidi menerusi rajutan di Twitter itu, Nanta berkata sebanyak 38 iklan penjualan minyak masak peket dan botol yang dipaparkan di dua platform dalam talian terkenal telah diarah diturunkan.

“Penguatkuasaan yang dijalankan bagi tempoh 1 hingga 12 Julai lepas, sebanyak 18 premis yang mempunyai alamat penjual pada platfrom dalam talian berkenaan digempur dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan bekalan minyak masak peket dan botol.

“Sebanyak 255 peket minyak masak satu kilogram (kg) dan 41 botol minyak dalam kemasan 500gram, satu kg, dua kg dan tiga kg disita dengan nilai rampasan keseluruhan RM1,495.50,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Nanta berkata justeru, satu kes direkodkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan (PKB) 1974 iaitu mana-mana orang tidak boleh berurusan secara borong atau runcit apa-apa barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4.

Menurutnya bagi kes kedua pula, tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesenkan.

“Kedua-kedua kes itu sedang dalam tindakan mengikut saluran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP,” katanya.

Dalam rajutan di Twitter beliau itu, Nanta turut mengepilkan gambar iklan minyak masak yang diturunkan di platform jualan dalam talian dan operasi gempur kegiatan dagangan barang kawalan dan bersubsidi dilaksanakan kementeriannya. – Bernama

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pasukan Khas Jihad bawa kesan positif tangani inflasi: PM
August 27, 2022· Isu semasa
Penipuan dalam talian direkodkan tertinggi setakat Julai tahun ini
August 4, 2022· Isu semasa
Ismail Sabri beri penjelasan berhubung kekeliruan subsidi minyak masak
June 22, 2022· Isu semasa
Bursa Malaysia lemah, lautan merah selepas banyak kaunter alami kerugian
June 13, 2022· Isu semasa
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Hakim Syarie akan saman Lokman Adam berhubung tuduhan gangguan seksual
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,375 kes baharu, 11 kematian
6 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
14 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
22 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok