Tasik Chini, data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

August 4, 2022 · Isu semasa

Isu pemuliharaan Tasik Chini, di Pahang dan pencerobohan data peribadi dijangka menjadi antara tumpuan pada hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan mengenai tindakan kerajaan bagi merawat dan memulih kembali kawasan Tasik Chini agar tidak dilucutkan status Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diajukan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Turut tersenarai, soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan perancangan kementerian untuk meminda beberapa fasal dalam Akta Perlindungan Data Peribadi bagi menangani jenayah pencerobohan hampir 100 juta data peribadi.

Pada sesi soal jawab pula, Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) bertanyakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai status pemberian tablet melalui program PerantiSiswa dan maklumat terkini jumlah tablet yang bakal diagihkan kepada pelajar daripada golongan B40.

Selain itu, soalan berhubung inisiatif kerajaan membantu mahasiswa yang tercicir dan tidak dapat meneruskan pengajian atau terpaksa menangguhkan pengajian akibat pandemik COVID-19 diajukan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 diikuti Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2022.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai lepas. – Bernama

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
19 jam lalu· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
22 jam lalu· Politik
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
November 29, 2022· Politik
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Hakim Syarie akan saman Lokman Adam berhubung tuduhan gangguan seksual
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,375 kes baharu, 11 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
13 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
13 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
21 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok