Tarif elektrik tak naik, harga ayam tidak diapungkan: PM

June 24, 2022 · Isu semasa

Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Sehubungan itu beliau dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

“Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, walaupun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

“Ini bermakna pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.

“Pengenaan surcaj RM3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri,” katanya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan akan memansuhkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram bermula 1 Julai ini, kecuali minyak masak paket satu kilogram.

Keputusan itu menyebabkan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan mengalami kenaikan.

Sementara bagi ayam pula, kerajaan sebelum ini merancang mengapungkan harganya susulan berakhirnya skim harga maksimum runcit haiwan itu pada 30 Jun ini.

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka, malah Perdana Menteri juga pernah berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Berita berkaitan
DAP jangka PRU-15 diadakan tahun depan
July 5, 2022· Politik
Bagi UMNO, penyelesaian harga barang naik adalah dengan buat PRU
July 5, 2022· Politik
Desakan Bubar MPN bukti ada pemimpin hanya pentingkan politik
July 4, 2022· Rencana
Adakah adil menyalahkan kerajaan untuk sesuatu di luar kawalan mereka?
July 4, 2022· Rencana
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
18 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
25 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
36 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
44 minit lalu · Isu semasa
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok