Tarantula kebanggaan kita

April 2, 2021 · Isu semasa

Malaysia kini memiliki kereta perisai pertama hasil sentuhan anak tempatan – kereta perisai mobiliti tinggi pacuan empat roda HMAV 4×4 Tarantula – menerusi Mildef International Technologies Sdn Bhd.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kereta berperisai itu siap tiga bulan lalu hasil usaha lapan jurutera dan lebih 100 tenaga kerja Kementerian Pertahanan (Mindef) dengan kos keseluruhan mencecah RM16 juta dalam tempoh empat tahun.

“Ini merupakan keluaran Malaysia. Saya telah sebutkan (sebelum ini) Mindef akan beri fokus supaya pakar dalam negara iaitu anak Malaysia mampu mengeluarkan senjata sendiri supaya kita tidak lagi bergantung kepada negara luar di dalam perkara berkaitan peralatan ketenteraan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kem Sungai Besi, hari ini, selepas menamakan kereta perisai itu sebagai ‘Tarantula’.

“Anak Malaysia hari ini berjaya membuktikannya. Sebelum ini, kita berjaya menghasilkan peluru dan komponen pesawat serta saya berikan jaminan sebagai galakan kepada industri pertahanan negara melibatkan anak tempatan ini, Mindef akan menjadikan pengeluaran Malaysia itu sebagai satu kelebihan di dalam perolehan kementerian,” katanya.

Ruang dalam kereta perisai Tarantula buatan Malaysia.

Ismail Sabri berkata, Tarantula telah melalui pelbagai penilaian antaranya penggunaan bahan api, ujian muatan dan ujian mendaki yang dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh tentera darat setanding dengan pelaksanaan di peringkat antarabangsa.

Nama Tarantula ini diambil daripada Tarantula iaitu spesies labah-labah bertaring, bersaiz besar dan berbulu, serta mempunyai keupayaan mengubah warna dan tingkah laku mengikut persekitaran serta mampu membunuh haiwan lain yang lebih besar daripadanya.

Antara ciri-ciri menarik ‘Tarantula’ ialah:

  • Menggunakan enjin turbo diesel 6.6-liter 6-selinder sebaris dari Caterpillar
  • Nisbah kuasa ke berat – 23.57 hp/tan
  • Kelajuan maksimum – 110kmsj
  • Menggunakan sistem 4X4 sepenuh masa
  • Menggunakan Central Tyre Inflation System (CTIS) untuk mengurangkan dan menaikkan tekanan udara tayar
  • Mampu beroperasi dari suhu serendah -21 darjah Celcius hingga 49 darjah Celcius.
  • Mempunyai kadar perlindungan perisai Stanag 4569 A2 (peluru dan balistik) dan Stanag 4569 LA2/L2B (bom tangan dan periuk api)
  • Berat kasar 14 tan dan berat tanpa muatan 11 tan
  • Panjang maksimum 5.6 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 2.5 meter
  • Tahap kedalaman meredah air – 1 meter.

Berita berkaitan
Pengguna ATM kena caj RM1 transaksi pengeluaran ATM bermula esok
January 31, 2022· Isu semasa
Aset ATM digerakkan ke 86 lokasi gelombang kedua banjir
December 30, 2021· Isu semasa
Kesiapsagaan Aset Pertahanan perlu menjadi tumpuan kerajaan
December 14, 2021· Rencana
Veteran ATM tak berpencen juga dapat bantuan khas RM350
November 1, 2021· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok