Tapak pelupusan sampah terbakar, 400 penduduk pindah ke dua PPS

January 16, 2022 · Isu semasa

Kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal di sekitar Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru di Nibung Tebal, Pulau Pinang, dinasihat berpindah buat sementara susulan kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dekat Nibong Tebal pada Rabu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Kebangsaan Bakap Indah akan dibuka untuk penduduk terbabit setelah berbincang dengan agensi berkaitan pada 2 petang tadi, lapor Bernama.

“Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah melakukan lawatan di tapak kebakaran seterusnya memberi taklimat kepada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan untuk melaksanakan urusan pemindahan penduduk terjejas dan bantuan lain,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti dan mengenal pasti bilangan penduduk terjejas untuk dimasukkan ke dalam senarai bagi memudahkan urusan pemindahan dan bantuan.

“Kita ambil kira segala prosedur operasi standard agar dapat dilaksana dengan teratur supaya semua penduduk terlibat termasuk tempat tinggal mereka kekal selamat dan pihak KKM juga akan membuat saringan terlebih dahulu sebelum penduduk memasuki PPS bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 dalam kalangan mereka.

“Kita juga hanya benarkan satu atau dua orang lelaki dewasa (bagi sebuah keluarga) yang ingin menjaga rumah kerana khuatir akan keselamatan rumah dan mereka perlu buat laporan kepada pihak polis setiap kali keluar masuk di kawasan rumah yang diklasifikasikan sebagai kawasan larangan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan Marlia Mohd Belia pula berkata JAS telah melakukan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru selain menempatkan stesen pengawasan kualiti mudah alih di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram.

“JAS akan terus membuat pemantauan kualiti udara dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi nasihat kesihatan antaranya mengurangkan aktiviti luar, mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas serta tidak sihat dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tapak pelupusan sampah itu dilaporkan terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas dan tindakan awal JBPM dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang kebakaran bagi mengelakkan api terus merebak.

Tapak pelupusan yang terjejas adalah seluas 6.5 hektar daripada 16.2 hektar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok