Tangkapan kes rogol 12 tahun susulan padanan dua DNA: Polis

April 11, 2022 · Isu semasa

Penahanan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang yang berlaku 12 tahun lepas, adalah kerana padanan dua profil Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang berada dalam sistem data DNA.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata DNA pertama yang diambil adalah di lokasi kejadian pada 12 tahun lepas yang berstatus tidak diketahui pemiliknya.

Memetik Bernama, Abd Jalil berkata DNA berkenaan diambil dan dimasukkan dalam sistem berkenaan di bawah Akta Identifikasi DNA 2009 yang membenarkan polis menyimpan data-data DNA yang lepas.

“Berdasarkan akta berkenaan kami boleh simpan DNA dia (suspek kes rogol) dan mengkategorikan DNA suspek di bawah Indeks Orang Yang Disyaki bagi kes lain. Profil DNA (suspek) disimpan sehinggalah berlaku sekali lagi tangkapan ke atas individu yang terlibat dalam kes ini pada 12 tahun lepas,” katanya baru-baru ini.

Abd Jalil berkata ini bermakna mana-mana individu yang melakukan kesalahan lain akan diambil DNA mereka buat kali kedua kemudiannya akan dipadankan dengan DNA yang sedia ada.

“Maka kami memuat naik DNA suspek ke dalam sistem data DNA dan secara automatik sistem berkenaan akan membuat padanan, dapat padanan DNA dengan kes 12 tahun lepas. Berdasarkan DNA itu, kami akan membuat analisis dan ia akan menghasilkan profil DNA dalam bentuk numerikal,” katanya.

Beliau berkata mana-mana DNA yang mempunyai padanan, individu terlibat akan ditahan untuk membantu siasatan dan langkah terakhir, polis akan menghantar DNA suspek ke Jabatan Kimia untuk menentusahkan sama ada suspek terlibat atau sebaliknya.

Pada 7 April lepas, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.

Berita berkaitan
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu· Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
June 3, 2023· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023 · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok