Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak angkat

September 2, 2022 · Isu semasa

Belum reda kes penderaan  kes penderaan kanak-kanak istimewa yang dikenali sebagai Bella, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan video yang memaparkan seorang wanita memukul anak angkatnya berusia empat tahun menggunakan penyapu gara-gara enggan makan nasi.

Bukankah anak itu merupakan amanah daripada Allah SWT tidak kiralah sama ada dia permata hati daripada zuriat sendiri atau anak angkat?

Menurut Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Aida Hashim, Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menafsirkan penderaan kanak-kanak sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak mereka untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah, di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.

Tambah Aida terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ibu bapa sanggup melakukan penderaan khususnya yang melibatkan anak angkat.

“Penderaan mungkin berlaku kerana secara psikologi belum bersedia ada komitmen sebagai ibu bapa kerana belum merasai perasaan sebenar sebagai ibu bapa biologi. Selain itu, mereka juga merasa terganggu dengan  komitmen baharu sebagai ibu bapa angkat sedangkan mengambil anak angkat kerana mengikut trend semasa.

“Tidak ketinggalan, mereka  kurang rasa kasih sayang sebagai seorang ibu bapa sehingga sanggup melepaskan tekanan emosi kepada anak angkat,” katanya.

Tanpa disedari, akhirnya penderaan ini memberi kesan terhadap anak mereka. Menurut Aida, penderaan akan memberi kesan trauma kepada anak angkat sehingga mengganggu perkembangan psikologi dan psikososial kanak-kanak berkenaan seperti tingkah laku pasif dan anti sosial.

Penderaan juga akan  memupuk tingkah laku delinkuen kanak-kanak sehingga timbul keberanian melakukan perkara yang agresif atau sehingga melibatkan perbuatan jenayah.

Peringkat yang lebih teruk, penderaan akan menyebabkan faktor gangguan kesihatan mental bagi kanak-kanak yang terlibat.

“Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa tahu dan faham kewajipan penjaga terhadap anak angkat. Pertama, mereka perlu  memahami tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa dengan melindungi, menjaga dan membimbing mereka supaya dapat membina kehidupan yang baik.

“Mereka juga perlu bertanggungjawab memberi kasih sayang yang sewajarnya. Ibu bapa juga harus memberi sokongan agar anak angkat dapat melalui tahap perkembangan personalnya secara normal. Akhirnya, ibu bapa perlu  memastikan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak dijaga dengan baik,” jelasnya.

Nasihat Aida kepada mereka yang ingin mengambil anak angkat supaya membuat persediaan awal. Ini termasuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran menjaga kanak-kanak sama ada melalui pembacaan dan pengalaman orang lain membesarkan anak.

“Mereka yang ingin bergelar ibu bapa juga perlu membuat penilaian kendiri sama ada bersedia atau tidak untuk menjaga seorang anak angkat.  Selain itu, dapatkan nasihat dan bimbingan  profesional seperti kaunselor sekiranya berada dalam keadaan dilema untuk mengambil anak angkat,” ujarnya.

Berita berkaitan
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu· Isu semasa
PRU-15 tak sesuai semasa musim banjir, kata Khairy balas Zahid nak redah
September 21, 2022· Politik
Najib tidak diberi layanan perubatan istimewa, kata Khairy
September 21, 2022· Politik
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok