Tangguh ziarah raya, elak jadi punca kematian orang lain: Tun M

May 10, 2021 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sikap rakyat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menjadi antara punca peningkatan jangkitan Covid-19 sekarang ini.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja berlaku di bazar Ramadan, malah ketika menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Walaupun kita sembahyang Jumaat kita duduk dengan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka, tetapi sebelum dan selepas supaya tiada jarak ketika berjalan.

Oleh itu, saya tidak pergi solat Jumaat sebab ramai mendekati saya dan bertanya khabar. Terima kasih kerana ambil berat tetapi hakikatnya mereka berdekatan dengan saya.

“Begitu dengan bazar, kalau pergi akan orang dekati saya dan bergambar. Jadi bila kita adakan bazar Ramadan, didapati jumlah meningkat sebab ini kerana masing-masing tidak jauh antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan khas Covid-19 yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mengingatkan semua pihak supaya mengambil iktibar penularan satu kes Covid-19 yang melibatkan seorang individu sehingga menyebabkan 2,000 jangkitan dan 20 kematian di sebuah negeri baru-baru ini.

Beliau juga menggesa semua pihak tanpa mengira latar belakang dan pandangan politik untuk mengambil serius terhadap situasi yang berlaku pada hari ini dan meminta mereka agar duduk di rumah termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri minggu ini.

Katanya, semua untuk mematuhi SOP ditetapkan kerajaan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan duduk di rumah seperti mana pernah dilakukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal Mac sehingga berjaya mengurangkan kes kepada dua digit.

“Itu bukanlah satu lawatan yang baik kerana mungkin kita akan dijangkiti ataupun mereka akan dijangkiti kerana kita membuat lawatan.

“Kita perlu sabar hari raya tahun ini kerana kita ingin melihat penyakit ini dikurangkan dengan tindakan kita,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok