Tangguh pada September sidang DUN Sabah

August 19, 2021 · Isu semasa

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16, yang dijadualkan bersidang tiga hari mulai 24 Ogos ini, ditangguhkan pada 21 hingga 23 Sept depan.

Penangguhan itu dimaklumkan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya dalam kenyataan, hari ini menurut laporan Bernama.

Kadzim berkata satu warta kerajaan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong hari ini, memaklumkan penangguhan persidangan DUN Sabah itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan warta tersebut, pindaan tarikh persidangan DUN Sabah itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa kini yang tidak mengizinkan untuk persidangan tersebut diadakan minggu depan.

Pada awal bulan ini, Kadzim mengumumkan sidang DUN Sabah diadakan pada 24 hingga 26 Ogos, dengan pelbagai prosedur operasi standard ditetapkan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri perlu mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum bersidang bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Kali terakhir persidangan DUN Sabah diadakan adalah pada 18 hingga 23 Dis tahun lepas bagi membentang dan membahaskan Belanjawan Negeri 2021.

Berita berkaitan
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022· Politik
PAS tidak akan bubar DUN semasa banjir, buat apa nak susahkan rakyat: Samsuri
September 20, 2022· Politik
Letusan gunung berapi lumpur di Tabin bukan kali pertama
September 19, 2022· Isu semasa
Tak perlu tambah lagi kawasan Parlimen, kata bekas Timbalan SPR
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
10 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok