Tangguh bayar denda RM970 juta: AG perlu cabar rayuan Rosmah

September 4, 2022 · Isu semasa

Peguam Negara (AG) harus mencabar perintah penangguhan terhadap denda RM970 juta yang dikenakan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan rasuahnya, kata seorang peguam.

Peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata kes itu berkemungkinan yang kedua di Malaysia yang mana penangguhan sedemikian telah dibuat.

Yang pertama, katanya, adalah apabila suami Rosmah, Datuk Seri Najib Razak diberikan penangguhan yang sama selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah kerana penyelewengan dana SRC International dua tahun lalu.

“Ia menjadi satu preseden (kes duluan) dan akan dilihat sebagai pilih kasih pada mata orang ramai.”

Beliau juga berkata keadaan itu mengejutkan terutamanya selepas penangguhan Najib telah mencetuskan petisyen dalam talian menggesa pihak berkuasa merayu terhadapnya.

Beliau berkata walaupun denda untuk Rosmah adalah tinggi, pihak pendakwaan boleh menghalang penangguhan dan mendesak mengenakan syarat denda itu.

“Jumlah itu adalah terlalu banyak kerana ia mengikut undang-undang, tetapi pihak pendakwaan tidak boleh melupakan prinsip bahawa denda mesti dibayar… rayuan untuk menghalang pesalah berulang dan berpotensi penjenayah.

“Pasukan pendakwaan boleh menghalang dengan mengenakan tahanan rumah, mengehadkan kebebasan dan perjalanannya, kecuali untuk perjalanan penting seperti membeli-belah atau lawatan mendapatkan khidmat doktor. Ini adalah pilihan sementara menunggu pembayaran denda,” katanya memetik laporan NST.

Pada Khamis, 1 September lalu, Rosmah dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM187.5 juta dan RM6.5 juta (RM5 juta dan RM1.5 juta dua kali berasingan).

Suapan itu diterima melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Sistem Hibrid Fotovolta Suria Bersepadu (PV) serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel untuk 369 sekolah bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Pada Jumaat, 2 September lalu, Rosmah memfailkan rayuan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah mereka yang tidak dapat menyelesaikan denda mahkamah perlu menjalani hukuman penjara sebagai ganti jumlah itu.

Haniff bagaimanapun berkata rayuan berasingan mengenai perkara ini atau rayuan balas bagi mencabar rayuan Rosmah, boleh difailkan.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
6 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok