Tangani segera kekurangan pekerja asing, MPN beritahu kerajaan

October 31, 2022 · Isu semasa

Kerajaan digesa segera menangani isu kekurangan pekerja asing yang sudah berlarutan ekoran banyak sektor di negara ini bergantung tinggi kepada tenaga luar.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata sehingga 12 September lalu hanya 76,000 kemasukan direkodkan dari 12 negara.

“Kita mohon Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mempertingkat proses pengambilan pekerja asing berikutan banyak sektor negara ini bergantung tinggi kepada tenaga kerja luar.

“Kerajaan perlu menumpukan kepada peningkatan pelaburan dan perdagangan bagi memastikan pemulihan ekonomi negara terus dapat dijana.

“Ini kerana dalam Pemulihan Negara 2.0, isu pelaburan, perdagangan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), tenaga kerja antara yang perlu diberi keutamaan,” katanya pada taklimat MPN bersama media, baru-baru ini lapor BH.

Sulaiman berkata berdasarkan rekod jumlah permohonan pekerja asing seramai 1,152,276 orang namun yang diluluskan 467,223 sekali gus memperlihatkan kekurangan 685,053 tenaga kerja asing.

“Sektor perkhidmatan paling mendapat permintaan tinggi iaitu lebih setengah juta keperluan bagi mengisi pekerjaan sektor borong dan runcit, hotel, kedai, pencucian dan pembersihan, pengendalian kargo di lapangan terbang serta pelabuhan, pulau peranginan, pusat urut kaki, spa serta restoran.

“Sementara sektor lain seperti pembinaan, perkilangan, pertanian, perladangan serta perlombongan dan kuari menerima kemasukan jumlah kecil berbanding permintaan,” katanya.

Berita berkaitan
Bekas menteri DAP tegur Menteri DAP dalam isu pegawai terlibat kes rasuah
May 28, 2023· Politik
Azalina diminta dedah siasatan pegawai menteri, jangan diam
May 15, 2023· Isu semasa
Kuasa cutikan Sivakumar terletak pada PM, kata badan pemerhati
April 24, 2023· Politik
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok