Tanding PRU-15: Tengku Zafrul jawab “bukan pada masa ini”

June 8, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau tidak memikirkan isu politik, termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.

“Sekarang ini masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik. Isu yang sedang dihadapi (sekarang) dalam pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis hari raya di Putrajaya hari ini mengenai khabar angin bahawa beliau menyasarkan kerusi Parlimen Kuala Selangor sebagai lokasi penampilan sulungnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atas tiket UMNO.

Dilaporkan pemilihan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” MOF dan kekerapan turun ke kawasan itu menjadi petanda bahawa Tengku Zafrul akan bertanding di kawasan itu pada PRU15.

Namun ketika ditanya lebih lanjut hasrat beliau untuk bertanding, Tengku Zafrul berkata: “Bukan pada masa ini.”

Kerusi Parlimen Kuala Selangor kini disandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada AMANAH, yang sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU-15 kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda Amanah.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata MOF akan memulakan sesi Jelajah Belanjawan 2023 untuk mendengar pendapat dan cadangan daripada semua pihak yang berkepentingan.

Beliau berkata portal rasmi Belanjawan 2023 juga telah dibuka sejak 3 Jun lepas yang bertujuan mengajak organisasi swasta menyumbang idea mengenai isu-isu serta cadangan untuk dipertimbangkan dalam belanjawan itu.

Menurutnya, MOF seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Pra-Bajet 2023 mahu memberi fokus kepada pemulihan ekonomi negara dan juga memastikan pertumbuhan ekonomi adalah mapan untuk tahun hadapan.

“Kita ingin menegaskan daripada segi transformasi ekonomi, memerlukan inklusif kepada semua lapisan masyarakat dan sektor,” katanya.

Mengenai pendedahan bahawa lebih 50 peratus daripada subsidi bahan api dimanfaatkan golongan T20, Tengku Zafrul berkata kerajaan perlu lebih bersasar dalam pemberian subsidi untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, kajian pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia telah mendedahkan setiap RM1 petrol diisi 53 sen. pergi kepada golongan T20.

Beliau berkata Malaysia dijangka perlu menampung subsidi mencecah RM71 bilion pada 2022, yang mana subsidi bahan api sahaja berjumlah RM30 bilion disebabkan kenaikan harga minyak mentah dunia dan daripada jumlah itu, RM15 bilion disalurkan kepada T20.

“Kita kena lebih bersasar untuk jangka masa panjang. Apa yang penting kita bersetuju dengan pendekatan ini jika rakyat setuju.

“Tindakan yang betul ialah cara terbaik untuk pelaksanaan supaya tiada yang tercicir. Prinsip saya bahawa kita mesti lebih bersasar dan harap rakyat bersetuju bahawa kita perlu menolong rakyat yang betul-betul memerlukan,” katanya.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
10 jam lalu· Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
11 jam lalu· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
12 jam lalu· Politik
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
July 1, 2022· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
11 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok