Tanam pokok ganja, Yasin berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebat

June 22, 2022 · Isu semasa

Sekiranya didapati bersalah, penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin berdepan hukuman seumur hidup dan boleh disebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Pasukan pendakwaan mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 selepas Yasin didakwa menanam 17 pokok ganja.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata pertuduhan mengikut seksyen itu diteruskan selepas laporan kimia diterima petang semalam.

“Kes pertuduhan ini kekal dan kita memohon tarikh sebutan kes untuk serah dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya dipetik laporan BH.

Susulan itu, peguam bela Yasin, Ariff Azami Hussein, berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.

“Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai,” katanya.

Hakim, Jamaludin Man, menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan kes.

Selain Ariff Azami, Yasin turut diwakili peguam bela Mohd Yusmadi Yusoff dan Azizul Syarimah Mat Yusoff.

Pada 31 Mac lalu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a)ADB 1952 itu.

Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama.

Bagi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 kerana mengedar dadah, pihak Peguam Negara mengarahkan supaya siasatan lanjut dijalankan, kata Mohd Asnawi.

“Arahan diterima daripada Jabatan Peguam Negara supaya kami buat siasatan lanjut terhadap laporan kimia berhubung pertuduhan itu.

“Kita memohon 6 Julai untuk ditaklimatkan mengenai hasil laporan itu,” katanya.

Majistret, Zhafran Rahim Hamzah, kemudian menetapkan tarikh sebutan kes sama seperti ditetapkan Jamaludin.

Berita berkaitan
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Rafizi beri penjelasan berhubung bungkusan berisi ekstrak ganja ke rumah
March 14, 2023· Isu semasa
Dulu kurang makan ayam, kini Rafizi kata buka tanah tanam sayur pula
February 20, 2023· Isu semasa
Zaharin yang dipecat ajak rakyat tolak UMNO, BN bawah ‘penyamun’
October 1, 2022· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok