Tanam ganja: Penyanyi nasyid tak mengaku salah

March 31, 2022 · Isu semasa

Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman, hari ini didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini, baru-baru ini.

Dia yang berusia 47 tahun, memakai baju-T hitam tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 10 pagi diiringi anggota polis, untuk proses pendakwaan.

Yasin yang berdepan pertuduhan atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya juga sempat memberitahu media, meminta Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengusahakan agar ganja perubatan diluluskan di Parlimen.

“Sampaikan salam kepada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” pesannya kepada wartawan ketika tiba di kompleks mahkamah itu.

Yasin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata penyanyi terbabit akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan, kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik menanam pokok ganja terbongkar selepas kediamannya diserbu polis.

Dalam serbuan pada 5.30 petang, polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Mohamad Fakhrudin sebelum ini dilaporkan berkata, polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Siasatan polis mendapati, pokok ganja yang ditemui itu adalah untuk kegunaannya sendiri.

Tahun lalu Syed Saddiq meminta Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan pendirian kerajaan mengenai penggunaan hem atau ganja perubatan sebagai ubat alternatif kepada pesakit.

Menurutnya, perkara itu telah dilaksanakan di banyak negara dan diiktiraf oleh komuniti perubatan antarabangsa.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam jawapannya berkata produk mengandungi ganja yang digunakan untuk tujuan perubatan boleh diimport dan digunakan di Malaysia jika mematuhi keperluan undang-undang.

Berita berkaitan
Rafizi beri penjelasan berhubung bungkusan berisi ekstrak ganja ke rumah
March 14, 2023· Isu semasa
Polis tumpaskan sindiket dadah jadikan but kereta tempat simpanan
September 9, 2022· Isu semasa
Pasangan suami isteri ditahan bersama ganja 20kg
September 7, 2022· Isu semasa
Anak bersama bapa ditahan simpan ganja 21.9kg bernilai RM52,500
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok