Tanah runtuh Cameron Highlands, bomba bawa keluar dua mayat

December 2, 2021 · Isu semasa

Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, manakala seorang lagi adalah pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang belum dikenal pasti identitinya.

Beliau berkata pada masa ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat membawa keluar mangsa daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan itu dan akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Mior Faridalathrash berkata pemandu lori sayur itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang.

“Tiada penumpang lain di dalam lori dan MPV yang terperangkap dalam runtuhan itu,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azmi Osman berkata, mangsa yang dipercayai berasal dari Klang itu dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.

“Hanya seorang mangsa dalam MPV berkenaan. Identiti lelaki yang dijumpai pada pukul 9.30 malam itu masih belum dikenal pasti.

“Operasi sedang dijalankan bagi membawa keluar mayat pemandu lori yang juga terperangkap dalam runtuhan berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.44 petang tadi, dua kenderaan dipercayai tertimbus melibatkan sebuah lori kecil dan sebuah kereta.

Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, laluan tersebut tidak selamat untuk dilalui dan masih dikawal ketat oleh pihak konsesi.

Berita berkaitan
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan di Gerik
July 23, 2022· Isu semasa
Bas ekspres dua tingkat terbalik dalam kemalangan di Jalan Damansara
July 21, 2022· Isu semasa
Amaran ribut petir beberapa kawasan di Kedah, pasukan penyelamat siap-sedia
July 12, 2022· Isu semasa
Peniaga rugi RM1 juta kedai terbakar malam raya
July 10, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
8 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok