Tanah runtuh: 19 rumah terjejas, 28 keluarga di Kemensah Heights pindah

September 18, 2021 · Isu semasa

Seramai 28 keluarga yang tinggal di 19 rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights di ibu negara berdepan detik cemas akibat kejadian tanah runtuh di bahagian belakang rumah mereka, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian untuk operasi menyelamat.

Memetik Bernama, beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Farouk Eshak pula berkata semua mangsa akan ditempatkan di dewan sekitar Ampang.

Beliau berkata pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyediakan dua lokasi sebagai penempatan sementara, namun mereka diberi pilihan untuk menetap di rumah saudara-mara.

“Setakat ini, bomba sedang memantau lokasi tanah runtuh jika berlaku sebarang pergerakan tanah,” katanya.

Seorang mangsa, Muhd Zulfaqar Jamaludin, 20, berkata dia dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat dan gegaran.

“Selepas itu, saya bergegas melihat apa yang berlaku di belakang rumah saya dan mendapati beberapa pokok tumbang disertai tanah runtuh.

“Ekoran itu, saya segera menyelamatkan kedua ibu bapa saya dengan membawa mereka ke depan rumah,” katanya.

Nurhafizah Zolkifli, 28, pula berkata dia turut merasai gegaran kuat dan segera melihat kawasan belakang rumah serta mendapati banyak ranting pokok jatuh menimpa tingkap rumahnya pada 9.30 malam.

“Ibu bapa saya segera memanggil bomba dan terus mengambil anak saya untuk menyelamatkan diri.

“Selain itu, saya dapat lihat beberapa rumah jatuh dari tebing,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
Tanah runtuh, banjir mengakibatkan 13 laluan di N. Sembilan ditutup
January 2, 2022· Isu semasa
Kejadian tanah runtuh dikesan bertambah di Selangor, N. Sembilan
January 1, 2022· Isu semasa
Air sungai keruh di Kemensah bukan disebabkan balak, jawab MB Selangor
December 31, 2021· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Pembukaan sempadan: Kesesakan lalu lintas dijangka di Johor Bahru esok
March 31, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
11 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok