Usahawan dan tokoh pendidikan Malaysia, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia pagi ini pada usia 75 tahun.
Berita ini disahkan Universiti Limkokwing yang diasaskannya sejak 30 tahun lalu.
Minggu lalu, Lim dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital selepas jatuh di rumahnya.
Mendiang terkenal sebagai usahawan perniagaan perniagaan dan pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwin yang ditubuhkan sebagai kolej pada 1991 dan kini mempunyai cawangan di beberapa negara.
Ia menjadi antara kolej swasta pertama yang diiktiraf di Malaysia dan diangkat sebagai universiti pada 2007.