Tambang naik, syarikat e-hailing dipanggil beri penjelasan

May 22, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang yang dikatakan semakin mahal sehingga membebankan pengguna.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya telah mengarahkan pengurusan tertinggi memanggil syarikat terbabit untuk memberi penjelasan segera berhubung perkara itu, menurut laporan Bernama.

“Kalau dikatakan RM20 jadi RM70 dalam keadaan sekarang ia dilihat membebankan rakyat, jadi saya rasa sebagai penggubal dasar, kita akan melihat sama ada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan.

“Saya juga telah minta Agensi Pengangkutan Awam Darat tengok balik, minta syarikat terangkan dan bagi penjelasan apa sebenarnya berlaku, saya jangka dalam sehari dua syarikat patut terangkan barulah kita boleh lihat dari segi apa patut kita buat sama ada galakkan saingan lebih banyak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan lif dan eskalator di stesen LRT Ampang Park hari ini.

Beliau juga berkata kementerian itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang dikesan cuba mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dengan meningkatkan harga atau memanipulasi kadar tambang e-hailing.

Tambang perkhidmatan itu dilaporkan meningkat hingga 400 peratus pada waktu puncak sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna dan beberapa pihak lain kerana disifatkan tidak masuk akal sekali gus menggesa campur tangan kerajaan.

Berita berkaitan
Jawatan Presiden MCA akan ada pertandingan dalam pemilihan parti
September 12, 2023· Politik
Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong
July 2, 2023· Politik
Pua mulut celupar, kata Ka Siong selepas dilabel ‘pakatan korup’
June 24, 2023· Politik
Siasatan bekas pegawai Menteri DAP masih berjalan, menteri tak dedah butiran
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok