Tambahan 6 juta dos vaksin komitmen PM tangani Covid-19, kata KKM

August 22, 2021 · Isu semasa

Pembelian tambahan enam juta dos vaksin COVID-19 membuktikan komitmen dan keprihatinan berterusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memastikan kerajaan mencari jalan keluar melawan pandemik itu.

Menyambut baik pengumuman perdana menteri itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata pembelian dos vaksin tersebut akan memperluas liputan program vaksinasi sedia ada kepada segenap lapisan masyarakat.

“Dari segi pecahan keseluruhan, sehingga hari ini, sejumlah 53.4 peratus individu dewasa lengkap divaksinasi dengan dua dos.

“Seluruh keluarga KKM akan terus memberikan komitmen dan fokus terhadap tanggungjawab bagi menangani pandemik ini dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Menerusi ucapan sulung sebagai Perdana Menteri hari ini, Ismail Sabri mengumumkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin COVID-19 itu yang akan diterima menjelang awal bulan depan.

Beliau berkata usaha itu untuk memangkin kejayaan pengurangan kes harian secara konsisten seperti di Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa.

Berita berkaitan
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
5 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
5 jam lalu· Politik
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
August 13, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
2 jam lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
3 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
4 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
4 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok