Taman perindustrian halal tarik lebih RM16b pelaburan: Tengku Zafrul

September 17, 2022 · Isu semasa

Taman Perindustrian Halal Malaysia (HMIP), telah menarik lebih daripada RM16 bilion pelaburan setakat ini, dengan RM9.5 bilion atau 59 peratus daripadanya adalah pelaburan langsung asing (FDI).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-111 (LKR 111) yang dikeluarkan semalam berkata, 295 syarikat kini beroperasi di 22 taman industri halal di seluruh negara, termasuk 42 syarikat multinasional.

Beliau berkata HMIP merupakan hab halal terbesar dunia meliputi kawasan seluas 80,937.13 hektar di 14 Taman Halal strategik yang telah menerima status Halal Malaysia (HALMAS) daripada Halal Development Corporation (HDC).

Menurutnya Taman Halal ini menawarkan fasiliti infrastruktur yang bertaraf dunia, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan menjalankan perniagaan, akses mendapatkan ramuan halal, serta insentif menarik daripada kerajaan yang sentiasa menggalakkan pembangunan halal.

“Malaysia mengekalkan kedudukan perolehan produk halal tertinggi berbanding 81 negara lain, berdasarkan Petunjuk Ekonomi Islam Global yang terkandung dalam laporan ‘State of the Global Islamic Economy 2022’.

“Penilaian ini telah dibuat berlandaskan inisiatif digitalisasi ekonomi, pembangunan infrastruktur halal dan peningkatan fokus kerajaan terhadap sekuriti makanan dan penjagaan kesihatan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata Petunjuk Ekonomi Islam Global turut menjangkakan bahawa pasaran halal global akan berkembang daripada RM8.8 trilion (US$2.09 trilion) seperti yang dilaporkan pada tahun 2021 kepada hampir RM14 trilion (US$3.27 trilion) menjelang 2028.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 pula, Tengku Zafrul berkata industri halal dijangka menyumbang 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan menjana RM56 bilion hasil eksport pada 2025 berbanding RM31 bilion pada 2020.

“Inisiatif pembangunan halal dalam kalangan perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) juga tidak dilupakan.

“Di bawah Bajet 2022, dalam melahirkan lebih ramai pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) halal yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa, RM25 juta diperuntukkan kepada HDC untuk melaksanakan pelbagai program termasuk Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS dan program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM20.955 bilion kepada 357,960 majikan setakat ini melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2,960,231 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok