Takwin persekolahan 2023 kekal bermula Mac: Radzi

August 28, 2022 · Isu semasa

Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Beliau berkata, pelbagai faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan termasuk kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun susulan musim Monsun Timur Laut dan sela masa yang panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar melanjutkan pelajaran.

“Bulan lain pun ada banjir juga, kita tak nafikan tapi secara umumnya kita tahu di musim monsun kemungkinan berlaku banjir itu tinggi.

“Kita lihat dalam konteks pengurusan peperiksaan antara cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menguruskan SPM sewaktu banjir, kadang-kadang menimbulkan banyak perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Slot Khas Tanya DRJ semasa Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di Kajang, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, dengan pelaksanaan takwim sedia ada, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang seterusnya momentum pembelajaran pada pelajar berkenaan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Radzi berkata, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu berusaha menukar persepsi masyarakat, pentadbir sekolah dan guru yang melihatnya sebagai “kumpulan datang ke sekolah untuk mencari kesalahan” walaupun situasi itu tidak berlaku.

Beliau berkata, pihak PPD perlu turun ke sekolah untuk mendekati dan memahami masalah dihadapi guru-guru dan pentadbir seterusnya mengemukakan isu berkenaan kepada pihak atasan agar Kementerian Pendidikan dapat meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan.

“Selain itu, kita tekankan juga bahawa PPD ini mesti sentiasa terbuka kepada masyarakat sebab itu minggu ini PPD di seluruh negara boleh pilih satu atau dua hari di hujung minggu untuk melaksanakan Hari Terbuka PPD.

“Semua pihak yang ingin berurusan dengan PPD boleh datang, kerana kita ingin menghantar mesej bahawa PPD sentiasa terbuka, apa yang paling penting untuk kita lihat bahawa pendidikan ini sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan dan PPD sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di bawah sana,” katanya.

Beliau berkata, ini membolehkan sebarang maklumat daripada bawah (pentadbir dan guru-guru) dan sebarang polisi daripada pihak atasan (kementerian) dapat dijelaskan kepada seluruh masyarakat. – Bernama

Berita berkaitan
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022· Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022· Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022· Isu semasa
KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
October 6, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
22 minit lalu · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
33 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok