Takut mungkin punca ramai tak daftar terima vaksin

April 4, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencari sebab sebahagian besar rakyat di negara ini belum mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk suntikan vaksin Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kementerian tidak berpuas hati dengan jumlah yang mendaftar sekarang iaitu 7.6 juta berbanding 26.7 juta penduduk Malaysia.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana jumlah yang mendaftar untuk menerima vaksin itu masih rendah.

Sehubungan itu, Dr Adham berkata, kementeriannya akan menjalankan siasatan untuk melihat puncanya, termasuk kemungkinan kempen yang diadakan tidak meluas, atau penduduk berasa takut.

“Atau adakah mereka tidak dapat liputan aplikasi MySejahtera di kawasan masing-masing atau kurang pengetahuan. Setakat ini, 7 juta masih rendah,” katanya, hari ini.

KKM berharap jumlah mereka yang mendaftar akan meningkat sebelum fasa kedua suntikan vaksinCovid-19 bermula 17 April ini bagi mengelak kesulitan pada fasa akhir pemberian suntikan.

Katanya, pendaftaran secara manual di pejabat kesihatan, klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta juga telah dibuka bagi memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kemudahan teknologi dan capaian internet untuk mendaftar.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok