Takiyuddin jalani kuarantin kendiri, tak hadir sesi Dewan Rakyat

September 14, 2021 · Isu semasa

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19 dan tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.

“Namun saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 Sept.

“Ia sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata perlu berehat sepanjang minggu ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Persidangan Dewan Rakyat sepanjang minggu ini serta tidak dapat menjalankan tugas rasmi secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tanggungjawab dan amanah akan dilaksanakan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
7 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
22 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok