Tak wajib saringan, tapi digalakkan buat sebelum rentas negeri

October 10, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak mewajibkan saringan Covid-19 untuk merentas negeri, bagaimanapun orang digalakkan menjalaninya sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelak penularan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak meletak syarat untuk menjalani ujian Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen bagi orang ramai yang ingin merentas negeri tetapi ia dianggap sebagai tanggungjawab untuk menjaga orang sekeliling ia digalakkan dijalankan terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan dalam talian, hari ini.

“Kita tidak wajibkan kalau kita nak balik kampung, kita tak wajibkan. Tapi seperti yang saya katakan tadi adalah tanggungjawab kita untuk melindungi keluarga kita.

“Jadi apa salahnya untuk pastikan ibu bapa kita di kampung selamat, kita check dulu diri kita adakah kita ini tiada jangkitan. Maka adalah digalakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengumumkan kerajaan juga turut bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Bagaimanapun, katanya, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

“Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok.

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

“Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini,” katanya pada sidang media hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022· Politik
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
14 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok