Tak wajib pakaian seragam ke sekolah, pelitup muka diwajibkan

September 12, 2021 · Isu semasa

Kelonggaran diberikan kepada pelajar untuk tidak memakai baju seragam ke sekolah bagi mengurangkan beban kewangan penjaga, tetapi pemakaian pelitup muka diwajibkan untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Langkah terbaharu tersebut antara pengumuman penting Menteri Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin menjelang pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober ini selepas kajian terperinci dijalankan oleh kerajaan berhubung garis panduan yang akan dilaksanakan untuk menjaga keselamatan para pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas semasa menghadiri kelas.

Katanya lagi, pemakaian pelitup muka juga akan diwajibkan untuk dipakai oleh pelajar dan guru-guru semasa berada di sekolah.

Beliau juga meminta ibu bapa agar memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.

Sekolah di negeri bawah Fasa 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober ini, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.

Setakat ini, hanya Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan berada di bawah Fasa 3 dan 4 PPN.

Bagaimanapun, berlaku peningkatan kes Covid-19 di Sarawak kebelakangan ini dan kerajaan negeri – yang selalunya merangka dasar sendiri – belum membayangkan sama ada ia akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.

Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Hanya Kedah dan Johor yang masih berada di bawah Fasa 1.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok