Tak wajib imbas MySejahtera

April 27, 2022 · Isu semasa

Imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 1 Mei, umum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu yang akan memasuki premis untuk memastikan mereka dengan status ‘High Risk’ iaitu kes positif Covid-19 dan yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut.

Dalam sidang media bagi mengumumkan kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik hari ini, Khairy berkata kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka, lapor Bernama.

“Mereka yang positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap masih tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Ini termasuk individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia tidak dibenarkan masuk ke premis,” katanya yang turut meminta orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

Khairy berkata aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan HSO serta membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pencegahan dan kawalan Covid-19.

Beliau berkata fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19 kini akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit lain seperti rabies (penyakit anjing gila), demam campak (measles), penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD) dan denggi.

“Kawasan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit,” katanya.

Beliau berkata langkah proaktif itu diambil bagi mengelakkan daripada mengunjungi kawasan berisiko tinggi berlaku penularan penyakit berjangkit terutamanya jika bersama-sama mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai komorbiditi.

“Saya juga amat menggalakkan persatuan-persatuan komuniti menggunakan fungsi ini untuk membantu dalam mengawal penularan penyakit berjangkit di kawasan kediaman masing- masing dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong serta pembersihan kawasan perumahan dan perkampungan,” katanya.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
4 jam lalu· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
June 7, 2023· Politik
Khairy dakwa difahamkan pengampunan kepada Najib dilengah kerajaan campuran
June 5, 2023· Politik
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
9 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
9 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok