Tak wajar Menteri campur urusan pertukaran polis: Patriot

April 11, 2021 · Isu semasa

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) veteran tentera menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin cuba mencampuri urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah tidak wajar.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), BG (Rtd) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata sekiranya benar laporan yang mendakwa Hamzah cuba campur tangan dalam pertukaran pegawai polis ia jelas tindakan tersebut melanggar Akta Polis.

“Sekiranya tuduhan itu benar, maka Menteri Dalam Negeri telah campur tangan dan bercanggah dengan arahan IGP dan telah melampaui batas kuasanya.

“Menghentikan pertukaran pegawai dengan alasan tatatertib yang telah diputuskan oleh IGP adalah tindakan yang tidak wajar dan melanggar Akta Polis.

“Segala usaha untuk menggagalkan apa yang dia (Ketua Polis Negara) cuba lakukan untuk membersihkan imej pasukan itu dianggap sebagai sabotaj dan bertentangan dengan kehendak rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 memberi kuasa kepada IGP dalam “kawalan dan arahan pasukan dan semua orang lain yang dilantik atau diguna khidmat untuk menjalankan tugas-tugas polis, dan hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberi kepada seorang pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis.”

“Akta Polis sangat jelas berkaitan dengan kuasa IGP dalam pengendalian tatatertib yang dapat dilakukan. Pemindahan pegawai dengan alasan disiplin adalah di bawah bidangnya,” ujarnya.

Menurut Mohamed Arshad lagi, Akta Polis memberi kuasa kepada KPN untuk mendisiplinkan dan memindahkan anak buahnya, ini jelas tidak ada ahli politik yang boleh campur tangan dalam kuasa KPN.

“Akta Polis memberikan kuasa itu kepada IGP. Oleh itu, Patriot merasakan tidak ada ahli politik, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang boleh campur tangan dalam kuasa KPN untuk mendisiplinkan dan memindahkan anak buahnya,” katanya.

Satu hantaran dalam Facebook menjadi tular sebelum ini apabila ia mengaitkan penglibatan Menteri Dalam Negeri dalam urusan polis berhubung penangguhan pertukaran pegawai kanan yang diputuskan Abdul Hamid.

Semalam, KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan memberitahu wartawan bahawa dia akan menemui Hamzah untuk menjelaskan dan meneruskan semula pelaksanaan pertukaran pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok