Tak usah naik bendera putih atau hitam, bantuan tetap diberi kata PM

July 15, 2021 · Isu semasa

Bendera putih atau hitam tidak perlu digantung kerana kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal pengurusan kebajikan rakyat selagi masalah pandemik Covid-19 belum dapat diatasi dan ekonomi belum pulih, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebahagian besar daripada kumpulan sasar yang ada baik M40, B40, atau T20 sekarang kita tak kira. Kadang-kadang yang T20 ada yang terkesan kerana dia tak boleh nak berniaga dan berhenti kerja, semua kita sampaikan bantuan.

“Tak payah naik bendera putih ke hitam… nak naik bendera biru tak apa. Maksud saya tadi kita tahu di mana (mereka yang terkesan) dan kementerian ada rekod untuk menyalurkan bantuan,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan akan terus memberikan bantuan yang diperlukan rakyat tanpa mengira latar belakang atau tempat mereka berada.

“Dalam soal pengurusan kebajikan rakyat ni kita tak boleh berkompromi.

“Selagi masalah pandemik COVID-19 belum dapat diatasi dan soal ekonomi belum pulih, saya cukup prihatin dan rasa agak bertanggungjawab untuk menentukan kesejahteraan rakyat di negara kita tak kira apa latar belakang mereka, di mana mereka berada, mestilah kita laksanakan dan kita berikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Bakul Prihatin Negara, membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta.

Bercakap kepada media selepas meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, Muhyiddin berkata program tersebut adalah komitmen kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Program berkonsepkan ‘masyarakat menyeluruh’ membabitkan kerjasama kerajaan dan syarikat korporat dan ia diuruskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah KPWKM.

Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

Perdana Menteri berkata daripada peruntukan RM21 juta itu, RM5 juta adalah peruntukan kerajaan manakala RM16 juta disumbangkan oleh syarikat korporat.

Katanya, setakat ini kerajaan telah menyalurkan sebanyak 2.315 juta bakul makanan melibatkan peruntukan RM173.4 juta yang telah memanfaatkan seramai 9.26 juta orang sejak pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan fasa pertama pada Mac tahun lepas, tidak termasuk Bakul Prihatin Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999.

Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui media sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) KPWKM dan JKM atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperoleh di laman web http://www.jkm.gov.my.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan akan terus memberikan bantuan yang diperlukan rakyat tanpa mengira latar belakang atau tempat mereka berada, termasuk M40, B40, atau T20 yang terkesan akibat Covid-19.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
21 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok