Tak tunda sidang Parlimen walaupun ada kes Covid-19 dikesan: Khairy

December 1, 2021 · Isu semasa

Walaupun terdapat kes positif dan kematian akibat jangkitan Covid-19 melibatkan staf di bangunan Parlimen, sidang dewan yang sedang berjalan tidak akan ditunda, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata ia adalah langkah terakhir yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) jika mahu menunda sidang Parlimen, namun langkah untuk menangguhkan sidang tidak akan dilaksanakan memandangkan pihaknya sudah mempunyai pengalaman dalam menangani kes positif Covid-19 atau kluster baharu yang wujud di negara ini.

“Kita kini sudah mempunyai kerangka bagaimana untuk menangani kes positif atau wujudnya kluster baharu, selain juga mempunyai pengalaman bagi situasi berkenaan.

“Jadi langkah untuk menutup Parlimen itu adalah yang terakhir akan diambil. Ini kerana, individu yang memasuki kawasan berkenaan perlu menjalani ujian saringan setiap dua hari.

“Dengan cara itu, kita dapat mengesan penularan kes dengan cepat serta boleh mengasingkan individu yang positif Covid-19, jadi tiada keperluan untuk menutup perjalanan Parlimen itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, media melaporkan terdapat banyak kes jangkitan Covid-19 yang sudah dikesan melibatkan staf di Parlimen sejak Isnin lalu.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata sehingga kini terdapat 25 kes positif Covid-19 yang dikesan melalui saringan berkala pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Katanya, kes positif Covid-19 yang dikesan di bangunan berkenaan berkemungkinan besar mempunyai varian membimbangkan (VOC) Delta.

Dalam pada itu, Khairy berkata, dengan mengamalkan penilaian kendiri Ujian, Lapor, Maklum, Kuarantin dan Dapatkan Rawatan (TRIIS), diharapkan apabila berlakunya penularan kes ia tidak perlu sehingga melaksanakan tindakan drastik seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan pergerakan penuh di negara ini.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
3 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
3 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok