Tak sesuai lagi laksana gaji minimum RM1,500 sekarang ini: MEF

February 6, 2022 · Isu semasa

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) mengulangi bahawa situasi sekarang bukan masa yang sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi.

Presiden, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia dan tidak dapat melaksanakan cadangan gaji minimum baharu itu kerana mereka belum mencapai kestabilan ekoran kejutan ekonomi akibat Covid-19 dan kesan buruk daripada banjir besar baru-baru ini, menurut laporan Bernama.

“Lebih banyak usaha sewajarnya dilakukan untuk pemulihan perniagaan dalam sektor swasta di samping mengawal kenaikan kos produk dan perkhidmatan. Kita mesti ingat, kebanyakan perniagaan Malaysia adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan 98.9 peratus berada dalam kumpulan ini.

“Jadi, apabila kita bercakap mengenai gaji dan kos, kita mesti memikirkan kelangsungan dan kemampanan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata PMKS juga telah sedia menderita, dan walaupun berlaku kenaikan kecil dari segi kos perniagaan, ia akan memburukkan lagi nasib mereka dan perniagaan mungkin ditutup, ditambah pula dengan kenaikan RM300/RM400 sebulan selain gaji minimum nasional sedia ada.

Syed Hussain berkata gaji minimum RM1,500 akan menaikkan kos barangan dan perkhidmatan selain kos operasi justeru, sekarang bukan masanya untuk melaksanakan sebarang kenaikan ke atas gaji minimum.

“Gaji minimum RM1,500 kebanyakannya akan diberikan kepada buruh asing memandangkan rakyat tempatan sudah dibayar gaji yang lebih tinggi, ini sekali gus menyebabkan pengaliran keluar wang akan terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata seorang pekerja yang gaji semasanya jauh melebihi gaji minimum boleh hilang semangat sekiranya tiada pelarasan gaji.

“Sebarang kenaikan ke atas gaji minimum akan memberi manfaat kepada pekerja yang gajinya lebih rendah daripada kadar gaji minimum kebangsaan baharu dan sebahagian besar daripada mereka ialah pekerja asing,” katanya.

Menurut laporan media semalam, pekerja negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung 2022.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri, menurut laporan itu.

Berita berkaitan
Skim gaji penjawat diutamakan bila pendapat negara meningkat, kata PMX
March 6, 2023· Isu semasa
Bekas penyelia Felda dipenjara 6 bulan dalam kes palsukan bayaran gaji
February 3, 2023· Isu semasa
PRU-15: Majikan tak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi
November 10, 2022· Isu semasa
Nasib mahasiswa ‘ikat perut’ perlu dibela
October 7, 2022· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
44 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok